Esok kita semua akan mula berpuasa..semoga puasa kita mendapat pahala yang berganda-ganda.Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.Bulan Ramadhan akan lebih mengingatkan kita pada insan-insan tersayang yang telah pun pergi meninggalkan kita.Hanya doa yang mampu ku kirimkan untuk mereka.
Insan yang paling aku rindu arwah mak..29 ogos ni genapla 24 tahun meninggalkan kami.sesungguhnya memori selama 13 thn itu sangat-sangat berharga,sudah dijanjikan yang aku hanya sempat bersamanya dalam tempoh itu...dan 14 ogos ini genap 90 hari arwah Bak meninggalkan kami dan ini Ramdhan pertama tanpanya.Ya Allah ..kau ampuni dosa kedua ibubapa ku...tempatkan lah mereka dikalangan orang-orang yang beriman...amin


Assalamualaikum Alleyza,
ReplyDeletesemoga arwah bapa2 dan mak kita ditempatkan di Jannah dan diampunkan dosa-dosa mereka. Alhamdulillah akak masih ada mak, dah 80 tahun, masih boleh naik basikal. Selamat Hari Raya Alleyza!