Total Pageviews

28.12.13

Banjir- hari ke 4

Antara gambar yang sempat aku snap hari ke 4 banjir..masa ni area rumah aku masih digenangi air..
Air dah surut di jalan ke rumah 

Lorong rumah aku air masih belum surut sepenuhnya
Hilux kuning tu memang tersadai depan rumah aku
Jalan depan rumah
Rumah jiran depan
Rumah jiran depan
Rumah aku dari depan masih digenangi air

 Rumah aku dari sisi masih dikelilingi air banjir.

16.12.13

BANJIR-DUGAAN BUAT KAMI (part 1)

Allahuakbar....4 Dis 2013 kami semua telah di uji dgn kejadian banjir yg mmg tak pernah disangka..memang setiap tahun pantai timur akan mengalami musim tengkujuh dan kawasan yg setiap tahun dinaiki air telah kami maklum.
Minggu tu memang hujan lebat agak berterusan..pagi selasa tu area ofis aku memang dibanjiri air tapi surut selepad 1 jam (mcm banjir kilat gitu).Area rumah aku pun biasanya klu ada air pun setakat paras buku lali je, belum pernah lagi air masuk bahagian dapor rumah sepanjang 20 tahun aku tinggal disini.Malam tu memang nyenyak sekali aku tido maklum la dln cuaca sejuk begitu..sedar2 dah subuh aku bangun..pas solat dengar mcm riuh2 kat jln depan rumah ni..aku pun buka la tingkap nk tengok...tengok2 rumah2 depan ni dah penuh air tapi belum sampai atas jalan lagi masa tu...cepat2 alihkn kereta aku ke rumah abang (sebelah rumah aku je) sebab tanah rumah abang aku ni agak tinggi sikit.Tapi tak sampai setengah jam air dah mula masuk kawasan rumah abang aku apalagi cepat2 sekali lagi alih kan kereta kt luar kira jauh jugak la dari rumah aku ni..memang penat la kena balik jalan kaki semula ke rumah.masing2 sibuk duk alih kereta...suasana masa tu memang kelam kabut dan agak huru hara..bayangkan kita ingatkn tempat tu selamat dah nk letak kereta..tapi air naik juga tempat tu.kawasan mak chili saja bole dikatakan 98% dinaiki air.

pagi 4 Disember 
Ni masa air mula masuk dalam pagar rumah ..dalam pukul 7.15 pagi
Dapo luar -air baru masuk....
Dah masuk dapo dalam rumah
Air dalam dapur rumah aku...memang tak sangka akan terus naik hingga atas kabinet sinki.
Tak tau dh nk alih brg..air makin naik...satu tangga dah tenggelam
Tenggelam dh semua kerusi kat dapo luar 
Anak tangga rumah yg last 
Tangga pun dah tak nampak
Masa air naik atas beranda baru la capai apa yg patut untuk kuar dari rumah.Ya Allah memang tak sangka setinggi ni air.
Nasib ada perahu yang nak tolong kami kuar dari rumah.pasukan penyelamat yang biasa kita tengoj kat tv time banjir memang tak nampak pun.yang ada cuma bot2 persendirian...memang ramai yang terperangkap kat rumah sendiri sebab semua berlaku pantas.Kalau kereta tu memang bersepah tersadai..tak sempat nak alih..yang mana tak ada kat rumah tu memang total lost ...memang kesian sangat.
Dalam pukul 3 lebih camtu kita orang dapat kuar dari rumah
Gambar rumah yang sempat dirakam masa dalam bot
Kami dalam perahu..masa kuar rumah.Nmpk keta belakang tu memang tersadai tak leh lepas.selama 4hari 3mlm kami terpaksa menginap di sekolah berhampiran. sekolah yg mula2 kami pergi sudah penuh dengan mangsa terpaksa ke sekolah bersebelahan...ingatkan ada la tikar ke selimut ke disediakan rupanya tak ada terpaksa la kami mencari nya sendiri..nasib ada tempat yg boleh dituju untuk membeli.Bandar chukai ni dah macam bandar darurat.stesen minyak byk ditutup yg ada dah kehabisan bahan ...bank2 utama dah ditenggelami air...hanya yg berada di situasi ini saja yg tau.aku pun tak tau nak citer camne.suasana di sekitar bandar chukai agak huru hara semua kedai yg tak kena bnjir memang penuh dengan orang ramai yang mencari bekalan makanan seperti sardin,air mineral,telor.Kat sekolah yang aku tinggal ni ada elektrik tapi air tak ada...bayangkn mcm mana situasi kami lagi2 yang ada anak kecik.Bantuan bekalan makanan hanya sampai pada hari ketiga kami di sekolah.

9.12.13

KEMAMAN DILANDA BAH

4 Disember 2013 kami semua diduga dgn ujian ini..se umur hidup aku ini lah pertama kali banjir yg amat teruk hingga lumpuh satu bandar...hingga terpksa mencari perlindungan di pusat perpindahan...mmg smua panik rata2 terputus hubungan..tnpa bekalan air bersih berhari2 dipusat perpindahan...tak tau nk citer cmner.Tp Alhamdullilah semua selamat wlu kehilangan dan kerosakan harta benda.Ni gambar yang aku ambik dari fb bandar kemaman.
Kawasan rumah aku dari udara....kg. mak chili paya
Pusat bandar chukai

Bangunan Casa Limbong
Dari udara - Sekitar Center Point Kemaman
Bangunan ofis aku
Taman Chukai Utama