Total Pageviews

21.1.15

Banjir

Throw back banjir 2 tahun berturut rumahku dan kawasan sekitarnya di naiki air banjir. Alhamdulilah tahun 2014 tak seteruk tahun 2013.bersyukur ujian ke atas kami masih kecil jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Negeri Kelantan.


Banjir 2013
Banjir 2014


28.12.13

Banjir- hari ke 4

Antara gambar yang sempat aku snap hari ke 4 banjir..masa ni area rumah aku masih digenangi air..
Air dah surut di jalan ke rumah 

Lorong rumah aku air masih belum surut sepenuhnya
Hilux kuning tu memang tersadai depan rumah aku
Jalan depan rumah
Rumah jiran depan
Rumah jiran depan
Rumah aku dari depan masih digenangi air

 Rumah aku dari sisi masih dikelilingi air banjir.

16.12.13

BANJIR-DUGAAN BUAT KAMI (part 1)

Allahuakbar....4 Dis 2013 kami semua telah di uji dgn kejadian banjir yg mmg tak pernah disangka..memang setiap tahun pantai timur akan mengalami musim tengkujuh dan kawasan yg setiap tahun dinaiki air telah kami maklum.
Minggu tu memang hujan lebat agak berterusan..pagi selasa tu area ofis aku memang dibanjiri air tapi surut selepad 1 jam (mcm banjir kilat gitu).Area rumah aku pun biasanya klu ada air pun setakat paras buku lali je, belum pernah lagi air masuk bahagian dapor rumah sepanjang 20 tahun aku tinggal disini.Malam tu memang nyenyak sekali aku tido maklum la dln cuaca sejuk begitu..sedar2 dah subuh aku bangun..pas solat dengar mcm riuh2 kat jln depan rumah ni..aku pun buka la tingkap nk tengok...tengok2 rumah2 depan ni dah penuh air tapi belum sampai atas jalan lagi masa tu...cepat2 alihkn kereta aku ke rumah abang (sebelah rumah aku je) sebab tanah rumah abang aku ni agak tinggi sikit.Tapi tak sampai setengah jam air dah mula masuk kawasan rumah abang aku apalagi cepat2 sekali lagi alih kan kereta kt luar kira jauh jugak la dari rumah aku ni..memang penat la kena balik jalan kaki semula ke rumah.masing2 sibuk duk alih kereta...suasana masa tu memang kelam kabut dan agak huru hara..bayangkan kita ingatkn tempat tu selamat dah nk letak kereta..tapi air naik juga tempat tu.kawasan mak chili saja bole dikatakan 98% dinaiki air.

pagi 4 Disember 
Ni masa air mula masuk dalam pagar rumah ..dalam pukul 7.15 pagi
Dapo luar -air baru masuk....
Dah masuk dapo dalam rumah
Air dalam dapur rumah aku...memang tak sangka akan terus naik hingga atas kabinet sinki.
Tak tau dh nk alih brg..air makin naik...satu tangga dah tenggelam
Tenggelam dh semua kerusi kat dapo luar 
Anak tangga rumah yg last 
Tangga pun dah tak nampak
Masa air naik atas beranda baru la capai apa yg patut untuk kuar dari rumah.Ya Allah memang tak sangka setinggi ni air.
Nasib ada perahu yang nak tolong kami kuar dari rumah.pasukan penyelamat yang biasa kita tengoj kat tv time banjir memang tak nampak pun.yang ada cuma bot2 persendirian...memang ramai yang terperangkap kat rumah sendiri sebab semua berlaku pantas.Kalau kereta tu memang bersepah tersadai..tak sempat nak alih..yang mana tak ada kat rumah tu memang total lost ...memang kesian sangat.
Dalam pukul 3 lebih camtu kita orang dapat kuar dari rumah
Gambar rumah yang sempat dirakam masa dalam bot
Kami dalam perahu..masa kuar rumah.Nmpk keta belakang tu memang tersadai tak leh lepas.selama 4hari 3mlm kami terpaksa menginap di sekolah berhampiran. sekolah yg mula2 kami pergi sudah penuh dengan mangsa terpaksa ke sekolah bersebelahan...ingatkan ada la tikar ke selimut ke disediakan rupanya tak ada terpaksa la kami mencari nya sendiri..nasib ada tempat yg boleh dituju untuk membeli.Bandar chukai ni dah macam bandar darurat.stesen minyak byk ditutup yg ada dah kehabisan bahan ...bank2 utama dah ditenggelami air...hanya yg berada di situasi ini saja yg tau.aku pun tak tau nak citer camne.suasana di sekitar bandar chukai agak huru hara semua kedai yg tak kena bnjir memang penuh dengan orang ramai yang mencari bekalan makanan seperti sardin,air mineral,telor.Kat sekolah yang aku tinggal ni ada elektrik tapi air tak ada...bayangkn mcm mana situasi kami lagi2 yang ada anak kecik.Bantuan bekalan makanan hanya sampai pada hari ketiga kami di sekolah.

9.12.13

KEMAMAN DILANDA BAH

4 Disember 2013 kami semua diduga dgn ujian ini..se umur hidup aku ini lah pertama kali banjir yg amat teruk hingga lumpuh satu bandar...hingga terpksa mencari perlindungan di pusat perpindahan...mmg smua panik rata2 terputus hubungan..tnpa bekalan air bersih berhari2 dipusat perpindahan...tak tau nk citer cmner.Tp Alhamdullilah semua selamat wlu kehilangan dan kerosakan harta benda.Ni gambar yang aku ambik dari fb bandar kemaman.
Kawasan rumah aku dari udara....kg. mak chili paya
Pusat bandar chukai

Bangunan Casa Limbong
Dari udara - Sekitar Center Point Kemaman
Bangunan ofis aku
Taman Chukai Utama

5.11.13

Salam Maal Hijrah

Dah 1 Muharram..meningkat lagi satu angka dalam kehidupan, semoga aku terus diberi kekuatan menjalani dugaan yg bakal mendatang.
Semoga aku sentiasa diberi pertunjuk untuk mengubah diri ini menjadi hamba Allah yang lebih munjuruskan diri ke arah kebaikan, meninggalkan apa yg tidak baik, melipat gandakan lagi amal ibadat, mencari ilmu agama sebanyak yg boleh sebagai bekalan menuju jalan yg satu itu...amin

Tidak ada apa lagi untuk di impikan dalam usia ini, mungkin sudah tersirat...semua nya rahsia Allah.Aku tidak  layak untuk mempertikaikannya....sebagai hambanya aku redha jika ini lah takdir kehidupan aku.Tidak perlu lagi aku membebankan fikiran ini memikirkannya.
Buang la jauh2 semua kenangan yg ada..pergi la semuanya..pergi lah...jangan lagi datang menganggu gugat ketenangan jiwa ini. Aku hanya mahu kelapangan jiwa untuk bermunajat pada yg Esa.
Semoga aku dapat berhijrah ke jalan yang diredhai.In sha Allah.

18.9.13

Ibu Bapa

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah

Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

2.9.13

Rumahku Syurgaku


Ini adalah duniaku...kemana saja aku pergi,naluri untuk kembali ke rumah ini terlalu kuat.rumah ini peninggalan arwah orang tua aku.terlalu berharga jika hendak di ukur dgn nilai tak ternilai bagiku.rumah yang dibina dengan pelbagai cerita pelbagai dugaan...rumah impian.. arwah mak aku yang dia sendiri tidak sempat untuk merasai tinggal di rumah ini...terlalu byk impian arwah dgn rumah ini...dan aku adalah pendengar setia impian nya itu.setiap  ruang yg ada dalam rumah ini ada impian dia.aku masih ingt dengan jelas setiap airmata nya yg menitis untuk rumah ini...seringkali aku dengar arwah mak mengucapkan "sempat ke mak duduk rumah ni" ungkapan ini akan timbul bila arwah memikirkan mana nk cari duit utk membeli bahan2 pembinaan.
Walau ketika itu aku masih budak2...ketika itu aku pun terlalu teruja utk tinggal dirumah baru...walau ia rumah biasa pada org lain ,bukan banglo atau rumah mewah.Rumah impian kami hanya rumah kayu biasa saja...ini pun tidak mampu kami utk memilikinya.memakan masa lebih dari satu dekad utk di siapkan krn masalah kewangan.
Inilah rumah  aku....lebih tepat lagi rumah pusaka kepunyaan kami adik beradik.Aku belum berkeluarga...tak ada la rumah sendiri lagi.rumah ini lah tempat berkumpul kami adik beradik.in sha Allah ia akan terus kekal dimasa akan datang.