Total Pageviews

31.7.11

Salam Ramadhan

Esok kita semua akan mula berpuasa..semoga puasa kita mendapat pahala yang berganda-ganda.Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.Bulan Ramadhan akan lebih mengingatkan kita pada insan-insan tersayang yang telah pun pergi meninggalkan kita.Hanya doa yang mampu ku kirimkan untuk mereka.
Insan yang paling aku rindu arwah mak..29 ogos ni genapla 24 tahun meninggalkan kami.sesungguhnya memori selama 13 thn itu sangat-sangat berharga,sudah dijanjikan yang aku hanya sempat bersamanya dalam tempoh itu...dan 14 ogos ini genap 90 hari arwah Bak meninggalkan kami dan ini Ramdhan pertama tanpanya.Ya Allah ..kau ampuni dosa kedua ibubapa ku...tempatkan lah mereka dikalangan orang-orang yang beriman...amin  

25.7.11

Aktiviti Candat Sotong

Hari tu ...tarikh tak ingt dah,company tempat aku keje ada bt aktiviti mencandat sotong...mmg excited gila la nk pergi..tak pikir pun akan mabuk laut.bagi aku dah penah naik feri kan,xpnh pun mabuk so bg aku xada apa-apala kan.cuma semua orang makan gak la pil utuk tahan mabuk.
Bos kita org sewa 2 buah bot nelayan..bot yang aku naik 7 org kalau tak silap lah kan.3 orang je staff perempuan yang pergi.ni aje gambar-gambar yg sempat aku snap sebelum aku pengsan dan melepek dalam bot..aku la org pertama yang mabuk..he he(malu betol la)
baru sempat 1 kali lempar tali utk mencandat...kepala aku dh toing2...dan akhirnya bluwekkkkk....muntah.
muntah dan terus muntah sampai tak bermaya...hu hu hu

           posing sebelum bot bergerak
                                      antara yang join dalam 2 buah bot
 
             bot pertama mula bergerak meninggalkan pengkalan
Kami meninggalkan pengkalan Bukit Kuang lepas Asar dan dijangka pulang tengahari esoknya.tapi memandangkan ada yang mabuk waktu mencandat dipendekkan..dalam pukul 2 pagi bot kami mula bergerak pulang.memang menakutkan lah sepanjang malam tu dengan ombak yang kuat...tau saja lah Laut Cina Selatan...dengan hujan angin..memang serik lah aku utk pergi lagi.
memang respek kat pakcik nelayan yang jd jurumudi bot..tua-tua masih lagi menyabung nyawa di tengah laut untuk mencari rezeki.memang pengalaman ini terlalu berharga...betapa susahnya untuk mendapat seekor ikan...betapa jerih untuk mendapat rezeki.
                                     perjalanan bermula
                          bot melintasi pengkalan Polis Marin
                   Destinasi kami adalah berhampiran pelantar minyak
  antara hasil tangkapan yg sempat aku snap sebelum mabuk Ini aje lah gambar-gambar yang sempat aku snap dengan HP aku...nak snap lebih-lebih memang tak berani,tengah-tangah laut macam ni ,dengan pening dengan muntah aku hanya mampu terbaring dalam bot..memang kesian ler.mood untuk mengambil gambar pun dah tak ada...layan kepala yang pusing-pusing.aku masuk kan dalam blog ni uttuk kenangan sendiri  . 

23.7.11

92 maut dalam serangan di Norway





OSLO: Seorang lelaki berpakaian seragam polis melepaskan tembakan di kem remaja tajaan parti pemerintah Norway membunuh sekurang-kurang 85 orang dan dipercayai terbabit meletupkan bom membunuh tujuh orang lagi di bangunan kerajaan di ibu negara, Oslo, beberapa jam sebelum itu.
Lelaki bersenjata yang dikenal pasti polis sebagai warga Norway berusia 32 tahun melepaskan tembakan pelbagai arah menyebabkan ramai remaja berlari ketakutan di sebuah kawasan hutan pulau peranginan Utoeya.

Televisyen Norway TV2 berkata lelaki bersenjata yang digambarkan sebagai tinggi dan berambut perang, dikaitkan dengan pelampau sayap kanan. Ia adalah serangan terburuk di Eropah sejak pengeboman stesen kereta api Madrid pada 2004 yang membunuh 191 orang.

Akhbar Britain, The Sun, mendedahkan penyerang itu sebagai pemilik ladang, Anders Behring Breivik yang suka memburu dan meminati siri pembunuh bersiri Dexter serta True Blood selain filem Gladiator dan 300. Melalui laman web Facebook penyerang mendedahkannya sebagai bujang dan beragama Kristian manakala seorang rakan menyatakan Breivik sering meluahkan pandangan anti-Islam di laman web serta menentang keras dasar kepelbagaian budaya. Polis menahan Breivik di Utoeya dan turut menemui bahan letupan yang belum meletup di pulau percutian itu.

Mangsa terselamat Jorgen Benone, yang berada di pulau itu pada ketika kejadian berkata: “Saya nampak orang ditembak. Saya bersembunyi di belakang batu.

“Saya nampak penembak itu sekali kira-kira 20 hingga 30 meter daripada saya. 

“Saya rasa itulah saat yang paling menakutkan dalam hidup saya,” katanya. 

“Saya melihat ramai orang terjun ke laut. Ramai menangis, menggigil dan kelihatan sangat takut. Mereka yang maut sangat muda antara 14 hingga 19 tahun,” kata Anita Lien, 42, yang tinggal di Tasik Tyrifjord, tidak jauh dari pulau Utoeya, barat laut Oslo.

Kebanyakan mangsa berlindung dalam bangunan sebaik tembakan ditujukan ke pulau itu, berlari ke dalam hutan atau cuba berenang untuk menyelamatkan diri. Krew mencari dan menyelamat menggunakan bot mencari mangsa hingga malam. Helikopter turut membantu usaha mencari. Beberapa jam sebelum itu, letupan bom menggegarkan Oslo menyebabkan tingkap bangunan perdana menteri pecah dan memusnahkan bangunan Kementerian Kewangan dan Minyak.

“Orang ramai berlari dalam keadaan panik,” kata saksi, Kjersti Vedun. Polis menasihatkan orang ramai mengelak pergi ke pusat bandar Oslo dan tentera mengawal jalan raya. Di lokasi kejadian, jalan raya dipenuhi dengan serpihan batu, kaca dan besi.

“Ini adalah serangan keganasan terhadap Norway yang paling buruk sejak Perang Dunia Kedua,” kara ahli parlimen pembangkang Parti Rakyat Kristian, Geir Bekkovold.

“Saya ada pesanan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap keganasan ini, tiada orang yang mengebom dan menembak kami akan terus senyap,” kata Perdana Menteri Stoltenberg dalam sidang akhbar dan enggan membuat spekulasi mengenai kejadian ini. Felo Penyelidikan Kanan NUPI, Jakub Godzimirski mengesyaki ia perbuatan militan sayap kanan bukan pelampau Islam.
Kumpulan sayap kanan sudah berkembang di Norway dan beberapa bahagian di utara Eropah berikutan isu penghijrahan imigran. –  Berita Harian Online

18.7.11

Yang Perlu Diketahui

TAZKIRAH:   Doa ketika duduk antara dua sujud
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah; Robbiegfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan, kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.
Sumber dari :      http://tazkirahs.blogspot.com/

Foto Klasik

Hari ni saja nk tepek foto2 lama famili yg ada dalam simpanan aku...mana tau kot yg asal tu hilang..boleh gak tengok dlm blog



















Gambar arwah Mak dan Bak...semua nya zaman sebelum aku lahir.

16.7.11

Sekadar Renungan

Tujuh Kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, iaterpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat sertadiampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buihlaut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi.


Perlu Diketahui


Bila Azan Berkumandang

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak

dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya

yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak

fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa

yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita

tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang

dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn

izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama

menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu

semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

15.7.11

Syaaban

Kelebihan Syaaban


SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.

Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada

segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih

mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

13.7.11

Al Fatihah


Hari ini 14 Julai 2011 genap 60 hari arwah Bak pergi meninggalkan dunia ini..Al Fatihah
Ya Allah..kau ampunilah dosa kedua ibubapaku...tempatkan la mereka bersama dgn orang-orang yang beriman...terangi lah dan lapangkanlah kubur mereka..tempatkan lah mereka disyurga..amin

12.7.11

Petua

KONGSI PETUA

1.Petua menjaga muka
Menghaluskan kulit muka
a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.
Menegangkan kulit muka
a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.
Menghilangkan jerawat
a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.
b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.
Merawat kulit berkedut
a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.
Pucuk Gajus
Pilihan alternatif bagi mengekalkan wajah cantik ialah menerusi penggunaan herba atau jamu yang tidak kurang sambutannya. pembaca berpeluang mencuba kaedah penjagaan wajah dan kulit menggunakan herba GAJUS atau dikenali sebagai KETEREH, JANGGUS dan JAMBU GOLOK.
Herba dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari keluarga tumbuhan Anacardiaceae. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) sebelum ini membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Pucuk gajus didapati mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik. Di dalam pucuk gajus terdapat bahan antioksida yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik di dalam badan. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan. Menurut beliau, ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.
Pucuk yang telah dibersihkan dimakan begitu saja sebagai ulam ataupun diminum air rebusannya. "Mereka yang mengamalkannya dapat merasakan perbezaan kehalusan kulit di samping ia turut memberi kesegaran kepada tubuh,'' ujar beliau. Tambah Tajuddin, selain khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis. Menurut beliau, air rebusan pucuk daun atau kulit kayu pokok gajus yang dikumur- kumurkan juga boleh mengubati sakit seriawan atau ulser mulut. Manakala kulit kayu pokok gajus yang digiling sampai lumat boleh merawat luka, badan melecur, sakit gigi, tapak kaki pecah-pecah dan terkena gigitan binatang berbisa. "Kulit kayu yang telah digiling atau ditumbuk halus itu ditampalkan pada bahagian-bahagian berkenaan. Bagi kes sakit digigit binatang bisa, pesakit perlu mengeluarkan bisanya terlebih dahulu sebelum melakukan kaedah rawatan menggunakan kulit kayu gajus ini,'' jelasnya.
Sumber: Pusat Kesihatan Universiti, UUM
Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.

Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari

Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.

Sakit Gigi
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan.

Sumber:dari blog petua

11.7.11

MEMUTUSKAN SILATURRAHIM

Nabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )
Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)
Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )
Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari)
Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)
Ada juga hubungan renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.
Tidak Bertegur melebihi 3 hari.
Apakah hukum orang yang tidak bertegur selama 3 hari walaupun mereka hidup berjemaah bersama-sama?
Jawapannya: Nabi s.a.w bersabda maksudnya; “Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka.” (Muslim)

Doa



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Berdoa adalah amalan yang dituntut oleh Islam. Seorang hamba yang merasa hina di sisi Tuhannya akan memanjatkan permohonan dan doa kehadrat Allah SWT. agar ditunaikan segala hajat yang diperlukannya. Ia merasa amat kerdil dan tidak ada pergantungan dan pengharapan yang lain melainkan ditujukan kepada Allah yang Maha Esa.

Mohonkanlah kepada Allah SWT untuk mengatasi apa jua masalah yang ditanggung, sama ada berkaitan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bahkan negara. Allah SWT tidak menyukai orang yang bermasalah, tetapi sombong untuk bermohon kepadaNya, sebaliknya sanggup pula bermohon kepada makhluk-makhluk yang tidak mempunyai sebarang kuasa, walaupun untuk mencipta seekor lalat.

Tiada masalah yang tidak boleh didoa pada Allah SWT, Dia yang mempunyai kerajaan, Dia yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dia juga yang mencabut kekuasaan daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kita selalu mengulangi pengakuan ini setiap kali selesai menunaikan solat. Atas dasar ini, kita tidak harus bakhil untuk berdoa untuk kemaslahatan dan tertunai segala hajat untuk diri kita, keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, saudara mara dan para alim ulama dan para pendakwah semoga di beri kejayaan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk menyelesaikan semua masaalah yang di hadapi di dunia ini.

Sebagai seorang mukmin yang yakin di atas qadak dan qadar Allah SWT. kita kena berfikiran positif dan yakin apa sahaja keputusan Allah SWT. adalah keputusan yang terbaik, yang mana hanya Allah SWT. sahaja Maha Mengetahui di atas kehidupan kita pada masa yang lepas, masa sekarang dan pada masa akan datang. Terdapat tiga keadaan doa kita di sisi Allah SWT. iaitu seperti berikut :

Pertama : Apabila Allah cepat makbulkan doa kalian, maka Dia menyayangimu.

Jika ia seorang pesakit, penderitaannya dirayu terus kepada Allah SWT melalui doanya agar mengafiatkan penyakitnya. Jika ia seorang miskin, maka kemiskinannya dirayu pada Allah SWT yang Maha Kaya dan mampu mengatasi kemiskinannya. Kedudukan yang begitu rapat antara manusia dengan Allah melalui doa, dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahu kepada mereka: 'Sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku: (Surah al-Baqarah ayat 186).

Kedua : Apabila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu.

Menurut al-Khatabi : "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantinya dengan pahala."

Menurut hukama : "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat.”

Sehubungan itu, Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah berkenaan, maka baginya kemurkaan Allah.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Sabda Rasulullah lagi yang maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hakikat dan tidaklah seorang hamba mencapai hakikat iman sehingga dia menyedari musibah yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya dan kesalahan yang dilakukannya bukan sebab untuk ditimpakan musibah kepadanya.”

Sebelum Allah SWT menunaikan hajat hamba-Nya kadangkala diuji-Nya dengan berbagai dugaan, yang penting kita perlu bersabar dan yakin dengan janji Allah SWT, setiap kesusahan itu akan ada kebaikan dan kejayaan.

Ketiga : Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah ayat 216).
Allah SWT berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata
(loh mahfuz)" (Surah Yunus ayat 61)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman maksudnya : 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Berdasrkan hadis di atas hanya doalah satu-satu cara yang boleh di buat untuk merubah apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ulama mencadangkan bahawa bila kita berdoa perlu berulang-ulang kali jangan jemu-jemu dan berserah bulat kepada Allah SWT.

Maksud hadis qudsi "Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku"

Bahawa bila kita yakin Allah SWT akan beri kebahagiaan untuk membina rumah tangga muslim dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, maka keyakinan itu akan ditunaikan oleh Allah SWT.

Bila kita yakin Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa kita dan dimasukkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah SWT.

Bila kita yakin bahawa Allah SWT mencintai dan mengasihi kita dan di jauhi dari musibah yang pernah kita alami dengan kekecewaan dan truma sebelum ini, maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah SWT.

Bila kita yakin kita akan diberi rahmat oleh Allah SWT. dan terpelihara iman dan akidah kita dan mendapat kematian yang baik iaitu husnul khatimah (mati dalam mengucap kalimah syahadah), maka keyakinan ini akan ditunaikan ole Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Selain daripada doa-doa yang kita pohon untuk memenuhi hajat-hajat kita kepada Allah SWT mengenai urusan duniawi, ada beberapa doa yang diajarkan Nabi SAW untuk kita ulang-ulangkan setiap pagi dan petang adalah membaca doa berikut :

"Allahuma innanauzubika min annusrika bika syaian naklamuhu wanas taghfiruka limaa laa naklamu"
(Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu agar tidak menyekutukan-Mu kepada sesuatu, sedang kami mengetahuinya, dan kami memohon ampun terhadap apa-apa yang tidak kami ketahuinya."
(Hadis Riwayat Ahmad)

"Allahumma laayakti bil hasanaati illah anta walaa yazhab bissaiaati illah anta walahaulaa kuwataillah billa"
(Ya Allah! Tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, tiada upaya melainkan dengan Allah)
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Eloklah kita sentiasa membacanya setiap hari selepas solat Subuh dan Asar, memohon kepada Allah SWT. agar terselamat daripada syirik kepada-Nya dan sentiasa diberi kesihatan dan terhindar daripada musibah.

Oleh itu marilah kita jadikan doa-doa dan munajat kita kepada Allah SWT sebagai keperluan dan diulang-ulangkan setiap masa hingga tidak ada sesuatu pun yang kita perlukan melainkan kita meminta kepada Allah SWT. Jika kita lapar, haus, sakit, sedih, gembira, perlu kepada kewangan, perlu kepada isteri atau suami dan sebagainya terus minta kepada Allah SWT kerana hakikatnya kita hamba yang lemah dan perlu kepada yang Maha Kaya, Maha Berkuasa dan Maha Pengasih dan Penyayang iaitu Allah SWT. Yakinlah doa-doa kita semuanya akan ditunaikan oleh Allah SWT
<

10.7.11

Best nya Lagu ni

Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

6.7.11

Hari ini

Hari ini…7 Julai 2011,terlalu banyak dugaan utk aku sepanjang usia ini…Ya Allah…tp aku redha.
Wlu dihati kadangkala menyalahkan takdir..aku tau ianya berdosa…tp sapalah aku utk tidak berperasaan begitu.
Bila pandang sekeliling,lepas sorang…sorang pergi meninggalkan dunia ini.sudah semestinya setiap yg hidup pasti akan mati…tak tau bila akan tiba hari kita.
Aku….masih tetap seorg diri,selalu aku terpikir klu aku mati nanti…sapalah yang akan ingat aku lagi…sapalah yg akan doakan aku..sapalah yg akan slalu sedekahkan Al-Fatihah utk aku.sehari..dua hari mgkn org akan ingat…lainlah klu aku ni ada suami ke…anak-anak ke.
Ya Allah! Takutnya aku bila tiba masanya nanti…permudahkan segalanya ya Allah..Amin
Betapa kita sbg manusia hanya menumpang sementara diatas muka bumi ini.Bila tiba saat itu semuanya kita tinggalkan…hanya amalan pd Allah dibwa sbg bekal untuk kita menempuh alam baru…
Betapa kerdilnya kita sbg manusia…bayangkan roh kita terpisah dari jasad…jasad terbujur kaku…kita dimandikan…dikapankan….disolatkan dan akhirnya kita dikebumikan dlm liang lahad…dikambus tanah..gelap gelita.

4.7.11

Dalam Kenangan


   Gambar Bak (kopiah putih) masa majlis akad nikad adik aku tahun lepas. ya Allah kau cucurilah rahmat keatas arwah kedua ibubapa ku.pelihara la mereka berdua dgn rahmatmu, tempatkan mereka dikalangan orang2 soleh...amin

3.7.11

Ayah ku Dalam kenangan

14 Mei 2011

Bak(panggilan utk ayahku) telah dipanggil Pencipta pada pukul 10.20 mlm ari sbtu 14 Mei 2011.
Bak...wlu dulu aku adalah ank manja dia,tp sejak mak aku meninggal kami semakin jauh.
dulu aku slalu tido atas riba Bak,mmg manja sgt...tp makin lama kami jd sperti org asing.
Bak pergi dlm keadaan tenang,dan sesungguhnya Allah dah mengatur segalanya dgn sempurna.
semua anak dan cucu ada kelilingnya..
banyak nk tulis kenangan besamanya...tp masa x mengizinkan
nanti sambung lagi
Al fatihah utk arwah mak dan bak...semoga ditempat kan bersama org2 beriman..amin