Hari ini , 1 Januari 2012..bermulanya tahun baru 2012.
Mudah-mudahan Allah swt permudahkan segalanya yang baik untuk kita.Semoga kita sentiasa berada dilandasan yang betul hingga tiba hari kita dijemput ke alam yang kekal selamanya..Amin
Hidup bermula hari ini,setiap hari akan menjadi sejarah untuk sebuah kehidupan di masa akan datang.
31.12.11
29.8.11
31.7.11
Salam Ramadhan
Esok kita semua akan mula berpuasa..semoga puasa kita mendapat pahala yang berganda-ganda.Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.Bulan Ramadhan akan lebih mengingatkan kita pada insan-insan tersayang yang telah pun pergi meninggalkan kita.Hanya doa yang mampu ku kirimkan untuk mereka.
Insan yang paling aku rindu arwah mak..29 ogos ni genapla 24 tahun meninggalkan kami.sesungguhnya memori selama 13 thn itu sangat-sangat berharga,sudah dijanjikan yang aku hanya sempat bersamanya dalam tempoh itu...dan 14 ogos ini genap 90 hari arwah Bak meninggalkan kami dan ini Ramdhan pertama tanpanya.Ya Allah ..kau ampuni dosa kedua ibubapa ku...tempatkan lah mereka dikalangan orang-orang yang beriman...amin

25.7.11
Aktiviti Candat Sotong
Hari tu ...tarikh tak ingt dah,company tempat aku keje ada bt aktiviti mencandat sotong...mmg excited gila la nk pergi..tak pikir pun akan mabuk laut.bagi aku dah penah naik feri kan,xpnh pun mabuk so bg aku xada apa-apala kan.cuma semua orang makan gak la pil utuk tahan mabuk.
Bos kita org sewa 2 buah bot nelayan..bot yang aku naik 7 org kalau tak silap lah kan.3 orang je staff perempuan yang pergi.ni aje gambar-gambar yg sempat aku snap sebelum aku pengsan dan melepek dalam bot..aku la org pertama yang mabuk..he he(malu betol la)
baru sempat 1 kali lempar tali utk mencandat...kepala aku dh toing2...dan akhirnya bluwekkkkk....muntah.
muntah dan terus muntah sampai tak bermaya...hu hu hu
posing sebelum bot bergerak
antara yang join dalam 2 buah bot
bot pertama mula bergerak meninggalkan pengkalan
Kami meninggalkan pengkalan Bukit Kuang lepas Asar dan dijangka pulang tengahari esoknya.tapi memandangkan ada yang mabuk waktu mencandat dipendekkan..dalam pukul 2 pagi bot kami mula bergerak pulang.memang menakutkan lah sepanjang malam tu dengan ombak yang kuat...tau saja lah Laut Cina Selatan...dengan hujan angin..memang serik lah aku utk pergi lagi.
memang respek kat pakcik nelayan yang jd jurumudi bot..tua-tua masih lagi menyabung nyawa di tengah laut untuk mencari rezeki.memang pengalaman ini terlalu berharga...betapa susahnya untuk mendapat seekor ikan...betapa jerih untuk mendapat rezeki.
perjalanan bermula
bot melintasi pengkalan Polis Marin
Destinasi kami adalah berhampiran pelantar minyak
antara hasil tangkapan yg sempat aku snap sebelum mabuk Ini aje lah gambar-gambar yang sempat aku snap dengan HP aku...nak snap lebih-lebih memang tak berani,tengah-tangah laut macam ni ,dengan pening dengan muntah aku hanya mampu terbaring dalam bot..memang kesian ler.mood untuk mengambil gambar pun dah tak ada...layan kepala yang pusing-pusing.aku masuk kan dalam blog ni uttuk kenangan sendiri .

23.7.11
92 maut dalam serangan di Norway
OSLO: Seorang lelaki berpakaian seragam polis melepaskan tembakan di kem remaja tajaan parti pemerintah Norway membunuh sekurang-kurang 85 orang dan dipercayai terbabit meletupkan bom membunuh tujuh orang lagi di bangunan kerajaan di ibu negara, Oslo, beberapa jam sebelum itu.
Lelaki bersenjata yang dikenal pasti polis sebagai warga Norway berusia 32 tahun melepaskan tembakan pelbagai arah menyebabkan ramai remaja berlari ketakutan di sebuah kawasan hutan pulau peranginan Utoeya.
Televisyen Norway TV2 berkata lelaki bersenjata yang digambarkan sebagai tinggi dan berambut perang, dikaitkan dengan pelampau sayap kanan. Ia adalah serangan terburuk di Eropah sejak pengeboman stesen kereta api Madrid pada 2004 yang membunuh 191 orang.
Akhbar Britain, The Sun, mendedahkan penyerang itu sebagai pemilik ladang, Anders Behring Breivik yang suka memburu dan meminati siri pembunuh bersiri Dexter serta True Blood selain filem Gladiator dan 300. Melalui laman web Facebook penyerang mendedahkannya sebagai bujang dan beragama Kristian manakala seorang rakan menyatakan Breivik sering meluahkan pandangan anti-Islam di laman web serta menentang keras dasar kepelbagaian budaya. Polis menahan Breivik di Utoeya dan turut menemui bahan letupan yang belum meletup di pulau percutian itu.
Mangsa terselamat Jorgen Benone, yang berada di pulau itu pada ketika kejadian berkata: “Saya nampak orang ditembak. Saya bersembunyi di belakang batu.
“Saya nampak penembak itu sekali kira-kira 20 hingga 30 meter daripada saya.
“Saya rasa itulah saat yang paling menakutkan dalam hidup saya,” katanya.
“Saya melihat ramai orang terjun ke laut. Ramai menangis, menggigil dan kelihatan sangat takut. Mereka yang maut sangat muda antara 14 hingga 19 tahun,” kata Anita Lien, 42, yang tinggal di Tasik Tyrifjord, tidak jauh dari pulau Utoeya, barat laut Oslo.
Kebanyakan mangsa berlindung dalam bangunan sebaik tembakan ditujukan ke pulau itu, berlari ke dalam hutan atau cuba berenang untuk menyelamatkan diri. Krew mencari dan menyelamat menggunakan bot mencari mangsa hingga malam. Helikopter turut membantu usaha mencari. Beberapa jam sebelum itu, letupan bom menggegarkan Oslo menyebabkan tingkap bangunan perdana menteri pecah dan memusnahkan bangunan Kementerian Kewangan dan Minyak.
“Orang ramai berlari dalam keadaan panik,” kata saksi, Kjersti Vedun. Polis menasihatkan orang ramai mengelak pergi ke pusat bandar Oslo dan tentera mengawal jalan raya. Di lokasi kejadian, jalan raya dipenuhi dengan serpihan batu, kaca dan besi.
“Ini adalah serangan keganasan terhadap Norway yang paling buruk sejak Perang Dunia Kedua,” kara ahli parlimen pembangkang Parti Rakyat Kristian, Geir Bekkovold.
“Saya ada pesanan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap keganasan ini, tiada orang yang mengebom dan menembak kami akan terus senyap,” kata Perdana Menteri Stoltenberg dalam sidang akhbar dan enggan membuat spekulasi mengenai kejadian ini. Felo Penyelidikan Kanan NUPI, Jakub Godzimirski mengesyaki ia perbuatan militan sayap kanan bukan pelampau Islam.
Kumpulan sayap kanan sudah berkembang di Norway dan beberapa bahagian di utara Eropah berikutan isu penghijrahan imigran. – Berita Harian Online
18.7.11
Yang Perlu Diketahui
TAZKIRAH: Doa ketika duduk antara dua sujud
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah; Robbiegfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan, kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

Sumber dari : http://tazkirahs.blogspot.com/
Foto Klasik
Hari ni saja nk tepek foto2 lama famili yg ada dalam simpanan aku...mana tau kot yg asal tu hilang..boleh gak tengok dlm blog
Gambar arwah Mak dan Bak...semua nya zaman sebelum aku lahir.
Gambar arwah Mak dan Bak...semua nya zaman sebelum aku lahir.
Subscribe to:
Posts (Atom)