salam
Ni cerita masa cuti jumaat ari tu, aku memang tak ada plan nak pegi mana2 pun yelah bukan nya ada famili pun kan ,melanguk je lah kat rumah kan. Tapi tiba2 dalam kol 9.30 gitu kak ros kol tanya aku ada nk pi mana2 ke.aku kata tak ada gi mana pun,terus dia cakap jom g JB nak? aku cakapla biar betol ni...pung pang pung pang borak aku kata ok la...laju2 aku pi mandi dan sumbat baju selai dua dalam beg.dalam kol 10.30 kak ros amik aku...gi breakfast dulu
Pas bfast gerak la kita org ke Jb..biasala ikut jalan pantai Kuantan-Pekan-Rompin-Endau-Mersing. sampai kat pekan kami berhenti Lunch jap pastu terus la ke Johor Bahru,dalam 5 lebih la kita orang smpai JB...makan buah sesat la pulak nak cari jalan masuk Highway Pasir Gudang tu padahal dah banyak kali mai .dalam pada kakros duk koling2 anak dia akhirnya sampai la juga kat Nusajaya tu.....singgah jap pastu terus bertolak ke pusat bandar nk cari Hotel.pusing2 dalam tu cari2 tapi semua full la pulak,yelah cuti sekolahkan.
Tapi dah rezeki kami ..last dapat 1 bilik kat Suria Hotel.okla kan daripada tak ada,hotel dia pun ok dekat dengan tambat johor..nanti malam nak keluar ronda2 senang. Tiba2 lak kros cakap apa kata esok kita gi Melaka coz kat Jb tak ada tempat sngat nk rondakan...aku dah la bwk baju selai je,tak pe lah cari kat Pasar Karat malam nanti.Malam tu kita org keluar jalan2 kat Pasar Karat..nasib berkenan dengan selai baju ni,rembat je la.
View dari bilik kita orang....nampak Singapore seberang sana.
Ni je gambar yg sempat snap dari bilik hotel kita orang
Pagi sabtu tu lepas turun bfast...kita org terus check out dan memulakan perjalanan ke Melaka,cadangnya kita akan stay 1 malam kat sana dan ahad tu balik semula ke JB drop anak anak kakros kt Nusajaya pastu baru balik Kemaman.
Tapi tulah kita hanya merancang...lupa ni time cuti sekolah,bandar Melaka tu dah macam apa sesaknya...start je masuk Air Keroh tu dah tersangkut berapa lama,masa dalam kete tu dah mcm2 hotel kami kol semuanya full memang gelap gambar la nak dapat bilik.memang penat la duk dlm kete..nak boleh smpai kt Bandar Hilir tu.bila dah sampai entah berapa kali pusing cari parking pulak.penat duk dalam kete buatkan kita orang tak ada mood nak ronda-ronda,lagi pun tak ada dah bilik hotel yang kosong.so kita orang decide balik semula ke JB.sempat lunch asam pedas kt satu resto,tak silap namanya sajian selera kampung kak mah gitu la kot.Bila sampai JB masalah nk cari hotel la sekali lg..penat kita org pusing-pusing semua full...hotel cokia pun leh penuh..hish hish....pelik bebenor.
.Last dapat gak kami satu bilik kat area Bukit Indah...lupa lak apa nama hotel tu tapi kira boleh la dari tak ada...belasah je lah.
Esoknya kita orang kuar bfast kat JJ...pastu sempatla round-round Nusajaya tu..Legoland Land la,apa ke nama yg lain aku lupa lak.....hehehe. dalam tengahari baru bertolak balik ke Kemaman,ikut jalan Mersing tu la lagi..dalam 8 malam sampai Kuantan.malas nak upload gambo-gambo lain...penat tungggu.
Hidup bermula hari ini,setiap hari akan menjadi sejarah untuk sebuah kehidupan di masa akan datang.
13.2.13
26.9.12
Majlis Kahwin Apek
Pada31 Ogos & 1 Sept anak buah aku telah selamat bernikah dengan pasangan nya. Nama "Apek" ni memang wujud sejak dia kecik lagi...sebabnya dia ni berkulit cerah berbanding adik beradiknya yang lain...
tak sangka lak nama tu terus lekat ke la ni.
kenduri ni sebelah pengantin perempuan...di Dungun.
Ni lah gambar-gambarnya.........AMIRUL ASYRAF dengan MIMIE
Sebahagian dari famili kami
18.7.12
FADHILAT PUASA RAMADHAN
Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam
perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur
boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. FirmanAllah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
24.4.12
Tumbuhan Di halaman Rumah
Hari nie jom kita cuci mata dengan gambo pokok-pokok hijau kat halaman rumah aku
Belimbing Buluh
Buahnya agak lebat,tak tau dah nak buat apa,nk rebus mcm org Pahang buat tu,tak larat la pulak nak tunggu masa merebus tu.,.....Yang ni pulak pokok nenas,benih dari Sarawak
Gambar2 ni guna Hp cap ayam je.
Bak kata orang2 tua tak rugi berbudi pada tanah,hasilnya ramai yg dapat rasa...
Belimbing Buluh
Buahnya agak lebat,tak tau dah nak buat apa,nk rebus mcm org Pahang buat tu,tak larat la pulak nak tunggu masa merebus tu.,.....Yang ni pulak pokok nenas,benih dari Sarawak
Pokok Nenas Big Size,isi nya memang manis la
Gambar2 ni guna Hp cap ayam je.
Bak kata orang2 tua tak rugi berbudi pada tanah,hasilnya ramai yg dapat rasa...
4.4.12
Rumah
Salam....lama tak tulis apa-apa kt blog ni ....masa tak mengizinkan.
Hari ni saja nak masukan gambar-gambar masa pergi kenduri masuk rumah baru di Kg Seri Damai Kuantan.
Tuan rumah adalah kazen aku... jom kita tengok gambar
cantik design rumah ni kan....lagi pulak dalam kawasan yang dikelilingi pokok buah-buahan.
banyak sangat gambar bahagian hadapan...bukan apa Photo G malu nak ambik gambar dekat orang ramai.
kat area belakang..and tangga ke tingkat atas
Ruangan kat tingkat atas
Kreatifkan...paip air dengan batang pokok
Gambar dalam rumah tak dapat nak share...ramai sangat model nanti kena bayar...hehehe
31.12.11
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Hari ini , 1 Januari 2012..bermulanya tahun baru 2012.
Mudah-mudahan Allah swt permudahkan segalanya yang baik untuk kita.Semoga kita sentiasa berada dilandasan yang betul hingga tiba hari kita dijemput ke alam yang kekal selamanya..Amin
Mudah-mudahan Allah swt permudahkan segalanya yang baik untuk kita.Semoga kita sentiasa berada dilandasan yang betul hingga tiba hari kita dijemput ke alam yang kekal selamanya..Amin
29.8.11
Subscribe to:
Posts (Atom)














